Assalamualaikum..........
Berkawin atau mendirikan rumah tangga
merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah
SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu
amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap
orang yang melakukannya. Sabda Baginda yang
bermaksud: Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa
yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari
kalanganku.(Riwayat Bukhari) Hari ini sering kita
melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi
perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa
perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita
yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan
kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang
banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan
mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih
kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita
jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi
oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya
seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan
keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan.
Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus
menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki
tersebut sangat gembira dengan saranan yang
diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang
mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah
sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi
kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya,
Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi
masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku
lakukan wahai Rasulullah?.
Kahwin lagi,jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau
mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana
tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya.
Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis
lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu
datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan
masalahnya : Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua
pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin,
bagaimana ya Rasulullah...?keluh lelaki itu.
Kahwin lagi,jawab Rasulullah singkat.
Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar
jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin
buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama,
keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia
berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah,
tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan
berat hati, beliau menemui Rasulullah dan
menyampaikan masalahnya. Wahai Rasulullah,
engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga
kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang
harus aku lakukan? , adu lelaki itu.
Berkahwinlah lagi,kata Rasulullah.
Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah.
Ternyata isteri keempatnya ini membawa
keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya.
Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar
kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya.
Akhirnya usaha tersebut mendatangkan
keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya
semakin maju dan mampu mencukupi keperluan
rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Carilah
rezeki dengan menikah(Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan
kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara
kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba
sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memampukan mereka dengan
kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya)
lagi Maha Mengetahui. (Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah
di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni
serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak
mustahil segala gejala-gejala sosial dapat
dihindarkan. Dilema Suami dalam Memartabatkan
Institusi Kekeluargaan Isteri Mengandung
Diperiksa oleh Doktor Lelaki Kedamaian dan
ketenangan hidup merupakan harapan setiap
insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami
isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam.
Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri
kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan,
secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut
menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan
rumahtangga dari hakisan, hindarilah sesuatu
yang dapat menimbulkan kebimbangan dan
keraguan dalam jiwa. Untuk itu pihak Darul
Nu'man tertarik untuk menyampaikan mesej ini
sebagai renungan ummah. Kemusykilan yang kami
paparkan ini merupakan pertanyaan yang
dilontarkan kepada pihak kami dalam internet.
Kemudian panel kami menjawabnya dengan
menggunakan pendekatan agama dan psikologi.
Dari jawapan itu kami merasa tertarik untuk
menyampaikan perkara ini kepada kita semua.
Soalan: Ada suatu perkara yang selama ini
mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah
menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah
mempunyai empat orang anak, keempat-empat
anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor
lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah
sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang
melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya
apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung
yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan
memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut
dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan
ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit
tapi dalam keadaan normal.
Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara
itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita
boleh mencari alternatif lain seperti mencari
doktor pakar wanita ataupun bidan? Daripada,
Keluarga Muslim K. L.
Jawapan Penjelasan: Pada diri wanita ada ciri-ciri
atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki
oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah
satu pihak meninggalkan kriteria yang telah
ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan
fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa
ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria
yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu
berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan
jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam
urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan
ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita
akan rosak. Syariat Darurat Secara syariat, wanita
muslimah hendaklah menjaga dirinya dan
auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika
perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah.
Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang
bukan muhrim bersentuhan pasti akan
menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan
mendatangkan tekanan syahwat baik banyak
mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti
ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang
normal. Wanita mengandung ketika mengadakan
pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki
bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana
ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan
sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah
tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor
lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu
tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam
Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada
pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita
melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya
bertentangan dengan ketetapan Allah.
Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya
haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada
sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja,
sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang
boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi
harus memakan daging tersebut sekadar
mengelakkan dari mati. Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan
bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat,
sebab masih ada cara lain atau alternatif lain
untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang
beragama Islam. Apatah lagi di negara kita
sekarang ini mudah didapati doktor wanita,
bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun
kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri
dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti
mencari doktor lelaki jika hanya sekadar
menginginkan kepakaran mereka disaat
mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor
wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di
negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat'
ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan
doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika
akan melahirkan, di mana wanita yang akan
melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan
perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka
ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat
tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu
tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin
selamat melahirkan anaknya. Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses
pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil
dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan
yang jauh dan negatif dalam hubungan
kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita
yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya,
tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain
menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran
inilah yang membenihkan suatu keinginan
tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-
lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau
krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu
nampaknya macam perkara biasa dan sederhana,
namun dalam jangka masa panjang, kesannya
sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi
serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor
lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan
terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai
pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini
menjadikannya lali dengan keadaan tersebut.
Namun bagi seorang wanita yang normal dan
sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan
getaran inilah yang dinamakan syahwat. Jika
perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita
yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah
moralnya, malah perkara ini membuktikan
kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini
kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk
melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya
mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor
wanita Islam sahaja. Menggerakkan Nafsu Syahwat
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri
seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan
seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya
disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa
yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang
lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan
getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia
betul-betul sakit (dalam keadaan darurat),
sehingga tidak ada yang lain difikirkannya
melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu
juga halnya dengan doktor wanita yang
menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali
dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan
tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi
seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim.
Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara
serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi
institusi rumahtangga keluarga muslim.
Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil
berat tentang perkara ini, bukan saja institusi
rumahtangga malah negara pun akan runtuh
kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam
kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga
kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di
akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.
Senin, 05 November 2012
Rezeki Melalui Perkawinan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar