Laman

Senin, 05 November 2012

Jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan
hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura
menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan
tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus
jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-
putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di
tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan meraung dan memukul-
mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula
tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu
tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka ?
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata
seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan
mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan
apabila air matanya mengalir ke pipi maka
wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan,
apabila seorang daripada suatu kaum menangis,
maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada
sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s ?
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud
di atas gunung dan air matanya mengalir di
jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon
bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis
sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah
mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku
pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut ?
@ Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita
bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
@ Janganlah menangis nonton filem hindustan itu
kan cuma lakonan.
@ Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh yang telah
Tuhan tetapkan.
@ Janganlah menangis jika gagal dalam
peperiksaan mungkin kita kurang membuat
persediaan.
@ Jangan menangis kalau wang kita hilang di
jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.
@ Janganlah menangis kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki itu adalah
pemberian Tuhan.
Oleh karenya itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua
buat bekalan untuk menginsafi di atas segala
kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-
dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia
menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih
kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda ?
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana
takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang
menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan
mendapat naungan Allah di hari qiamat"
seseorang yang berzikir bersendirian lalu
mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu
bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana
takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-
dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan
kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat
menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para
sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan
untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan ?
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah
swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al
Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami
dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Tidak ada komentar:

Posting Komentar